Wednesday, March 4, 2009

kenangan di bidong




post kali ni ialah berkisah kan ttg kenangan 3rd year skrg wktu g bidong masa baru masuk kustem..hihihi...bleh tgk perubahan dulu dgn dkrg..ada yg kurus dh kd gemuk...ada yg gemuk dah jd kurus..yg tak berubah langsung pon ada..

Saturday, February 28, 2009

Dinner Anugerah Pelajar Cemerlang





Majlis Anugerah Dekan FMSM telah dilangsungkan di pusat konvensyen,Taman Tamadun Islam..Majlis ini bertujuan untuk meraikan pelajar yang mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang. Seramai 32 org plajar Teknologi Maritim telah terpilih untuk diraikan pada malam tersebut. Dinner tu juga dianjurkan untuk menyampaikan cek biasiswa GMVB kepada 6 org plajar FMSM..Majlis berlangsung dengan meriah di tempat yg cantik dan makanan yg dihidangkan pon sedap jugak...

Friday, February 27, 2009

Carta Organisasi Kelab


Ni adalah carta organisasi kelab

Dinner Max-G






Pada tanggal 26 Februari 2009, majlis makan malam pertama Kelab Teknologi Maritim telah dianjurkan..Tahnian kepada saudari Kamales kerana dgn kesabaran tahap maksimum dan usaha yang bersungguh2 telah dapat menganjurkan majlis makan malam ini. Majlis yang berlangsung di Dewan Andaman, Hotel Felda Residence berlangsung dengan meriahnya. Dengan bertemakan Night of Thousand Voyages, majlis telah dilangsungkan dengan meriahnya dengan kehadiran Dato Dekan (PM Dato Dr. Saharuddin), KJ Tekno Maritim (PM Dr. Wan Mohd Norsani), Penasihat program (En Rizal), Penyelaras program (PM Dr. Khalid Samo) dan seorang Pegawai Sains (En. Nasir). Tahniah diucapkan kepada ahli jawatankuasa dinner yang telah bersusah payah melangsungkan majlis ini. Kehadiran pelajar amat menggalakkan dan terima kasih kepada yang menyokong majlis ini. Memang yang datang ke majlis tu cantik2 dan hensem2 belaka (tp agak konpius dengan emcee yang free hair tu...)..hihihi..jgn marah yer mr.emcee...
Semoga di masa hadapan, majlis yang sebegini dapat dianjurkan lagi...wee ;-)
ni ada beberapa gmbr dinner..gmbar lain akan diupload di masa hadapan sbb blom dpt soft copy...lol...